Adakah penurunan kes Covid-19 berkait dengan kurangnya ujian saringan?

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan penurunan ketara kes baharu Covid-19, yang didakwanya berkait dengan jumlah saringan yang berkurangan.

Beliau berkata, rakyat menyambut baik penurunan jumlah kes baharu Covid-19 yang diumum setiap hari namun rakyat juga berhak tahu adakah penurunan itu akibat jumlah saringan yang dikurangkan.

“Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baru dikesan setiap hari tetap tinggi.

“Sebab ini soal kesihatan awam, kita harap Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau diberi maklumat bahawa jumlah saringan Covid-19 setiap hari dibuat KKM telah jatuh sejak minggu lepas mengakibatkan jumlah kes positif Covid-19 yang dilapor juga turut jatuh.

“Adakah penurunan yang ketara bagi jumlah saringan setiap hari akibat langkah KKM yang diumum bulan lepas bahawa KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif?

“Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala akan disaring.

“Sedia maklum sekitar 80 peratus mereka yang positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

Semalam, Malaysia terus mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam iaitu 2,176 kes positif.

Penurunan tersebut merupakan kali ketiga dalam bulan ini, daripada angka 3,000 dengan 2,464 kes baharu dilaporkan pada Ahad manakala 2,764 kes dicatatkan pada 9 Februari lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/10/covid-19-bagaimana-malaysia-catat-kes-di-bawah-3000-semalam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here