Ujian saringan bersasar komuniti percuma esok – MB Selangor

0
1

KERAJAAN Selangor akan melaksanakan ujian saringan Covid-19 bersasar komuniti secara percuma di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkata penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani Covid-19.

“Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.

“Daftar di screening.selangkah.my,” katanya yang turut memuatnaik notis makluman berkenaan di ciapan yang sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here