SJR masih relevan, fokus kawasan bersasar – Musa Hassan

0
1

PEMERIKSAAN di sekatan jalan raya (SJR) masih relevan walaupun pembukaan semula beberapa aktiviti ekonomi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Tan Sri Musa Hassan.

Bekas Ketua Polis Negara itu bagaimanapun menyarankan ia dikurangkan dan SJR hanya dilakukan di ‘targeted area’ atau kawasan bersasar.

“Untuk mengelak berlakunya rentas negeri, SJR di lebuh raya masih di perlukan.

“Selain itu SJR diperlukan di kawasan-kawasan kes meningkat yang memerlukan polis memeriksa siapa keluar masuk kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SJR masih relevan dilakukan susulan terdapat rungutan orang ramai kerana kesesakan jalan raya berlaku disebabkan SJR.

Mengulas lanjut, Musa berkata dengan melakukan SJR di kawasan bersasar, anggota di SJR dapat dikurangkan dan mereka ini boleh kembali bertugas seperti biasa.

“Oleh kerana ekonomi kurang baik jadi jenayah jalanan meningkat. Apabila kita hanya melakukan SJR di ‘targeted area’ jadi anggota, pegawai sebelum ini dapat melakukan tugas cegah jenayah,” katanya.

Beliau berkata dengan lebih ramai anggota melakukan cegah jenayah secara tidak langsung pemantauan prosedur operasi standard (SOP) juga dapat dijalankan.

“Namun SOP ini jangan berubah-ubah, nanti ramai yang keliru. Kita harap SOP ini ditetapkan dan semua kena patuh tanpa mengira apa jawatan mereka,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/11/07/pkpb-pemeriksaan-lebih-ketat-sjr-ditambah-kpn/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here