KPWKM pandang serius isu gangguan seksual di sekatan jalan raya

0
2

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan segera berhubung kes gangguan seksual di sekatan jalan raya (SJR) seperti yang dilaporkan.

Menterinya, Datuk Seri Harun berkata tindakan tersebut untuk memberikan mangsa pembelaan dan pelaku dikenakan tindakan undang-undang, jika dibuktikan bersalah.

Beliau memandang serius kejadian itu dan perbuatan tersebut sama sekali tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika ia melibatkan anggota penguat kuasa.

“Dalam mengendalikan isu ini, saya amat berharap semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi PDRM yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara.

“Saya juga ingin menegaskan pendirian dan komitmen KPWKM untuk meneruskan penggubalan sebuah perundangan khusus berkaitan gangguan seksual yang kini drafnya sedang dalam semakan kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rina berkata perundangan khusus itu penting dan bersifat saling melengkapi kepada undang-undang sedia ada agar isu gangguan seksual dapat ditangani lebih berkesan dan mampu melindungi mangsa, tanpa mengira wanita mahupun lelaki.

Sehubungan itu, Rina meminta rakyat khususnya golongan wanita agar tampil membuat laporan sekiranya berhadapan sebarang bentuk gangguan seksual, sama ada secara lisan, perbuatan atau melalui pelbagai isyarat oleh pelaku.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan berganding bahu membanteras perbuatan gangguan seksual serta menghapuskan segala bentuk keganasan dan diskriminasi berasaskan ‘gender’.

“Jangan takut untuk melaporkan sebarang bentuk jenayah seksual! Hubungi talian kasih 15999 atau aplikasi Whatsapp 019 26 15999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Sabtu lalu, polis dilaporkan menyiasat dua kes yang dialami dua wanita yang mendakwa diganggu anggota polis yang menjalankan tugas SJR termasuk satu gangguan seksual. – Malaysiapost


Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/02/13/pdrm-siasat-kes-anggotanya-ganggu-wanita-di-sjr/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here