Sugarbook akan dikenakan tindakan tegas

0
1

PIHAK berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik aplikasi Sugarbook yang kini heboh diperkatakan kerana didakwa menawarkan aktiviti maksiat secara dalam talian.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata mana-mana pihak lain yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu juga akan dikenakan tindakan tegas.

Pihak berkuasa sedang dalam siasatan untuk ambil tindakan segera bagi memastikan “Bapa Ayam” (Sugarbook) dan juga semua yang terlibat akan diambil tindakan tegas segera.

“Kerajaan tidak akan membiarkan ia berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Siti Zailah berkata, perbincangan merentas kementerian bagi menangani isu berkenaan turut diadakan hari ini.

Ia katanya, melibatkan perbincangan bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mansor Othman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Sebelum ini media melaporkan, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata statistik menunjukkan 12,705 pelajar institusi pengajian tinggu (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook untuk mencari sugar daddy.

Katanya, berdasarkan rekod, terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu pandemik Covid-19 masih lagi menular di seluruh dunia.

Susulan itu, pelbagai pihak mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menutup aplikasi Sugarbook. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/15/sugarbook-dewan-muslimat-pas-lapor-polis/

https://malaysiapost.com.my/2021/02/13/sugarbook-jangan-biarkan-penyedia-aktiviti-seks-berbayar-terus-berleluasa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here