5,000 bayi hadapi masalah kecacatan jantung

0
2

LAPAN hingga 10 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup di negara ini menghidapi penyakit jantung kongenital atau kecacatan jantung sejak dalam kandungan.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, sekitar 5,000 bayi yang dilahirkan di Malaysia mengalami masalah tersebut berdasarkan 500,000 kelahiran setahun.

“Kajian mendapati, 95 peratus daripadanya tidak diketahui punca, namun risiko meningkat jika si ibu mengambil ubat-ubatan terlarang dan alkohol ketika mengandung.

“Selain itu, risiko lain termasuk merokok, mengalami diabetes gestasi, mendapat jangkitan virus (Rubela) semasa mengandung dan mempunyai masalah genetik seperti kelainan kromosom (Sindrom Down),” kata kementerian itu menerusi hantaran di Facebook.

Kementerian Kesihatan berkata, orang ramai boleh dapatkan nasihat doktor dan elakkan faktor risiko itu bagi mengelakkan bayi mengalami kecacatan jantung.

Katanya, pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi pada bayi dan memberi persediaan kepada ibu bapa untuk menerima kelahiran bayi ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here