Covid-19: Kes sembuh tertinggi direkodkan hari ini

0
1

JUMLAH kes sembuh Covid-19 dalam negara mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 4,525 kes pada hari ini.

Bilangan kes sembuh itu menjadikan secara keseluruhan 213,814 kes berjaya ditangani oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes baharu penularan Covid-19, sebanyak 2,464 kes dikesan pada hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 2,461 adalah penularan tempatan, manakala tiga kes lagi adalah import.

“Setakat hari ini, sebanyak 49,490 kes masih aktif termasuk 260 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta 111 kes memerlukan bantuan alat penafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tujuh kematian akibat Covid-19 pada hari ini, dengan jumlah kematian akibat pandemik itu sebanyak 965 kematian,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here