Azizul impi dapat memasak dengan Tuanku Permaisuri Agong

0
2

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menyatakan hasrat ingin memasak dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hasrat itu dinyatakan melalui laman Facebook dan Instagram rasminya hari ini susulan mendapat ucapan tahniah daripada Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pencapaiannya baru-baru ini.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Wahhh tak disangka harini saya dapat berita gembira pula.

“Happy sangat dapat ucapan tahniah dari Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah atas pencapaian baru-baru ini.

“Menjunjung Kasih Tuanku @airtangan_tunkuazizah,” kongsinya melalui hantaran itu.

Azizul berkata, dia juga adalah peminat masakan Tunku Azizah.

“Ps: i’m a huge fan of her cooks and hopefully di izinkan Allah dapat memasak with Raja Permaisuri one day, amin,” katanya.

Terdahulu, dalam satu hantaran lain Azizul berkongsi keadaannya di Australia yang kini dalam tempoh Perintah kawalan pergerakan susulan Covid-19.

“Just nak share dengan korang semua berita yang agak kurang gembira. Di Melbourne, Australia tempat saya berlatih sekarang ini sedang menjalani snap lockdown (Stage 4 Restrictions) yang bermula pada pukul 11.59 tengah malam Jumaat gara-gara ada beberapa kes baru dicatatkan terutamanya dari pekerja di Tullamarine Airport.

“Snap lockdown ini adalah selama lima hari dan keputusan akan di buat berdasarkan maklumbalas ujian Covid samada akan dilanjutkan atau sebaliknya.

“Di harap anda semua dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya dan keluarga disini. Terima Kasih semua,” katanya.

Rabu lalu, Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) mengiktiraf Azizul sebagai jaguh nombor satu dunia dalam acara pecut dan berada di kedudukan kedua dalam acara kegenarannya, keirin. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here