Seorang isteri terkejut ‘dijandakan’ scammer di laman sosial

0
1

“TERGAMAK jandakan saya. Suami saya hidup lagi,” kata seorang wanita yang terkejut dirinya secara tiba-tiba telah tular dan menjadi perhatian lelaki di media sosial baru-baru ini.

Wanita bernama Arifah Raedah Tajuddin itu mendakwa dirinya telah menjadi mangsa ‘scammer’ yang menggunakan gambar dan biodata peribadinya untuk dipaparkan di group media sosial kononnya sedang mencari calon suami untuk mengakhiri zaman jandanya.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Arifah yang juga seorang guru bertugas di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Perlis berkata, dia juga hairan dan terkejut bagaimana pihak tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan gambar, nama dengan meletakkan statusnya sebagai ibu tunggal kepada dua anak.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan menghentikan ‘serangan’ kaum Adam terhadapnya, Arifah telah memuatnaik gambarnya bersama suami sebagai bukti dakwaan dirinya seorang janda adalah palsu semata-mata.

Menurut Arifah, dia menyedari perkara itu setelah dua hari tular di dua grup mencari jodoh di Facebook menerusi akaun palsu menggunakan nama dan gambarnya.

Scammer itu juga menyatakan tujuan beliau menyertai grup berkenaan kerana untuk mencari seseorang calon suami yang boleh membawanya bersama anak ke jalan Allah dan mendirikan rumah tangga.

Meskipun kesal, namun setakat ini Arifah tidak menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here