Ibu, anak gajah mati akibat kelahiran songsang

0
3

SEEKOR gajah betina mati ketika melahirkan anak dan lebih malang anak yang tidak sempat dilahirkan turut mati dalam kejadian di Ladang Mados, Lenggor, Mersing, semalam.

Gajah terbabit mati akibat melahirkan anak secara sonsang dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam. 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata,  kakitangan Ladang Mados menyedari gajah terbabit ingin melahirkan anak kira-kira jam 1.30 tengah hari dan kemudian menghubungi pihaknya. 

Menurutnya, selepas mendapat aduan, tiga pegawai Perhilitan bersama enam pekerja Ladang Mados ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seekor gajah betina sedang dalam proses melahirkan anak.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 5 petang, gajah itu tidak bergerak dan pemerhatian yang dijalankan mendapati ia sudah mati.

“Hanya kaki anak gajah saja yang terkeluar dan siasatan lanjut mengesahkan bahawa anak gajah itu dilahirkan dalam keadaan songsang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. 

Salman berkata, perut gajah itu dibedah dalam cubaan menyelamatkan anaknya tetapi ia juga sudah mati.

“Bangkai gajah itu kemudian ditanam dengan bantuan pihak ladang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here