SECARA keseluruhan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada kadar 0.92.
Bagi negeri pula, Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu pada 1.07.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi infografik yang dikongsikan di laman Facebooknya hari ini menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada kadar 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).
Kadar Rt bagi negeri-negeri lain pula adalah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).
Dr Noor Hisham semalam melaporkan, kes baharu positif Covid-19 adalah sebanyak 3,499 kes menjadikan kes kumulatif di Malaysia ialah 261,805 kes dengan lima kematian terbaru dicatat menjadikan 958 kes kumulatif kematian. -Malaysiapost

