Warga emas meninggal dunia atas pokok

0
3

LELAKI warga emas ditemui mati dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, Zakaria Adam, 62, dikatakan memanjat pokok semarak setinggi kira-kira enam meter itu untuk menebangnya sebelum didapai tidak sedarkan diri oleh dua rakannya yang ketika itu berada di bawah pokok sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, mangsa dipercayai mengambil upah menebang pokok berkenaan sebelum dipercayai tidak sedar kan diri dan tersangkut pada dahan pokok.

“Dua rakannya cuba panggil tetapi mangsa tidak menyahut. Mereka kemudiannya memaklumkan kepada tuan rumah dan menghubungi balai bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan pasukan perubatan mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia dan mayatny kemudian di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan kejadian itu dan menurutnya ia tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Katanya, mangsa berasal dari Kampung Sireh, Bawah Lembah dan bekerja sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here