Ebit Lew rai ‘Gong Xi Fa Cai’ bersama keluarga

0
1

KESIBUKAN pendakwah Ebit Lew dalam menjalankan aktiviti amalnya tidak menjadi penghalang untuk beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Menerusi Facebook, pendakwah berbangsa Cina itu memuatnaik gambar meraikannya bersama keluarga tercinta.

“Gong Xi Fa Cai. Xian Nian Kuai Le. Happy Chinese New Year 2021. Selamat Tahun Baru Cina,” katanya.

Menerusi gambar berkenaan, Ebit kelihatan memberi angpau kepada saudara maranya dan pada masa yang sama mengakui pandemik Covid-19 membataskan penjumpaan ahli keluarganya.

“Rindu sayang semuanya keluarga saya. Setahun sekali baru dapat bertemu. Ini dah setahun kita tak berjumpa. Ramai tahun ni tak dapat bertemu. Semoga tahun depan Covid-19 dah tiada, kita semua dapat bertemu semuanya.

“Bahagia dan kekayaan ialah dapat bersama keluarga yang kita cintai dan sayangi. Bahagia sangat rasa,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/11/sekatan-rentas-negeri-daerah-demi-lindungi-nyawa-rakyat-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here