Awal, Scha timang ‘baby girl’

0
2

PASANGAN selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menerima kehadiran cahaya mata perempuan kedua mereka pada jam 9.15 pagi tadi.

Scha berkongsi berita gembira itu menerusi Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

“Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini,” katanya.

Mereka turut memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pasangan tersebut bersyukur di atas amanat yang diberikan oleh Allah SWT dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” katanya.

Tidak berkongsi sebarang nama, namun, dalam hantaran itu memberi bayangan dengan mengalu-alukan kehadiran ‘Baby L’ ke dalam kehidupan mereka sekeluarga.

“Stay safe, and welcome to the world Baby L,” katanya

Awal dan Scha yang mendirikan rumah tangga pada 2012 sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here