Bayaran one-off RM500 untuk barisan hadapan KKM mulai 1 Mac

0
2

Nurul Huda Abhar

TUNTUTAN bagi pemberian ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) boleh dibuat mulai sekarang dan pembayaran adalah mulai 1 Mac ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pemberian one-off tersebut layak diberi kepada anggota barisan hadapan yang diarah dan terlibat secara langsung melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan wabak Covid-19.

“Sebagaimana Surat pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 2 Tahun 2020 bertarikh 16 Mac 2020 dan Surat Edaran Ketua Setiausaha KKM pada 21 April 2020.

“Sehubungan itu, Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM akan dikeluarkan bagi menjelaskan perlaksanaan pemberian one-off ini.

“Adalah diharapkan pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM meneruskan perjuangan meemrangi wabak Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kerajaan melalui Belanjawan 2021 mengumumkan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai pengorbanan dan komitmen anggota barisan hadapan KKM dalam menangani dan membendung penularan wabak Covid-19.

Pemberian itu merupakan tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 sedia ada yang dibayar kepada petugas kesihatan yang diarahkan untuk melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan Covid-19 di KKM.

Seterusnya pada 18 Januari lalu, semasa pengumuman khas Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bayaran one-off sebanyak RM500 akan mula dibayar mulai suku tahun pertama tahun ini. – Malaysiapost


Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/11/09/pemberian-one-off-wajar-diperluas-untuk-semua-frontliners-cuepacs/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here