HARI ke-30 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan Malaysia merekodkan 3,384 kes baharu, menjadikan keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 254,988.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan kes hari ini, 15 adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 51,783 kes di sebalik 3,774 kes sembuh baharu.
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,082 diikuti Johor (777), Kuala Lumpur (435), Kedah (228), Sarawak (184), Pulau Pinang (144), Sabah (142) dan Melaka (101).
Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri Sembilan (89), Perak (82), Kelantan (48), Terengganu (26), Pahang (21), Labuan (14), Putrajaya (7) dan Perlis (4).
Sebanyak 13 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 963 kes. – Malaysiapost

