‘Selepas ini tak perlu tunggu giliran sertai PdPR’

0
1

Sharifudin Abdul Rahim

“Gembira dapat bantuan gajet ini. Selepas ini tak perlu lagi guna telefon bimbit ayah untuk belajar di rumah,” kata pelajar, Nurul Shabila Muhammad Daniel Lee, 17.

Pelajar Tingkatan Lima itu berkata sebelum ini dia berkongsi telefon bimbit bersama ayahnya kerana telefonnya rosak.

Terpilih sebagai salah seorang penerima tablet sumbangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) dan Persatuan Penduduk Perumahan Seri Perak Sentul, dia berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Tablet bersama data itu akan digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran dan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas ini,” katanya.

Seramai 10 orang penerima terdiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul terpilih untuk mendapat sumbangan tablet berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi GPMSWP, Khairul Rizam Abu Samah dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Batu, Gulam Muzaffar Gulam Mustakim.

Seorang lagi pelajar, Siti Aminah Mohd Zahid, 17, berkata, dia lega kerana tidak perlu menunggu giliran menggunakan telefon bimbit bersama tiga adiknya yang lain.

“Saya bersyukur kerana dapat tablet ini dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/10/kerajaan-pn-perlu-tangani-isu-harga-kekurangan-laptop-di-pasaran/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here