KERAJAAN hari ini membenarkan pembukaan beberapa lagi aktiviti sukan khususnya yang bersifat individu serta
tanpa sentuhan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu dan peningkatan kemahiran kendiri serta kelangsungan industri sukan negara.
Aktiviti sukan yang dibenarkan ialah:
• Joging/ brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja.
• Tenis/ Badminton/ Ping pong (acara perseorangan sahaja)
• Permotoran (dua roda dan empat roda)
• Aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan secara berseorangan.
• Gimnasium
• Golf
Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan berkuatkuasa esok.
Katanya, penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial seperti pusat kecergasan, gimnasium, dewan badminton, gelanggang tenis, ping pong, sepak takraw, padang hoki, bola sepak, futsal, bola keranjang, pusat litar permotoran dan padang golf hendaklah secara penjadualan dan tempahan, manakala secara ‘walk-in’ tidak dibenarkan.
Beliau juga memberi maklumat berhubung prosedur operasi standard (SOP) am bagi sukan badminton, tenis, ping pong
• Kebenaran hanya bagi acara perseorangan sahaja.
• Hanya 30% individu dbenarkan berada di dalam premis.
• Dilarang berkongsi peralatan seperti raket dan bat.
• Memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan pada setiap masa
SOP Am Gimnasium
• Penjarakan fizikal 1 hingga 3 meter (aktiviti statik) dan 3 hingga 5 meter (aktiviti dinamik).
• Hanya 30% individu dbenarkan berada di dalam premis.
• Jarak susunan peralatan sekurang-kurangnya 2 meter.
• Peralatan yang dikongsi dibersihkan dan dinyahkuman selepas setiap kali penggunaan.
• Kelas latihan berkumpulan tidak dibenarkan
• Penggunaan Bilik Persalinan/Bilik Mandi adalah dilarang
SOP Am Golf
• Penggunaan satu buggy untuk SATU orang sahaja.
• Pemakaian mask dan sarung tangan oleh kedi sepanjang masa.
• Driving range dibenarkan dengan mematuhi protokol pengurusan.
• Dilarang berkongsi peralatan golf.
• Penggunaan bilik persalinan/bilik mandi adalah dilarang
• Pastikan tidak bersalaman / bersentuhan dan kurangkan interaksi sosial.
• Kemudahan club house tidak dibenarkan
“Sehingga kini semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan, masih lagi tidak dibenarkan,” kata Ismail Sabri. – Malaysiapost

