Ebit Lew taja pengajian pelajar cemerlang

0
2

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew akan menaja sepenuhnya kos pengajian bagi pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal di peringkat ijazah dalam bidang perakaunan.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ebit menziarahi keluarga pelajar itu di kediamannya di Tumpat, bagi menyampaikan berita gembira tersebut.

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.

“Saya terbaca kisah adik ini pelajar cemerlang MRSM tumpat. Kemudian ‘Diploma in Accounting di Kolej Profesional Mara dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95. Tak mampu nak sambung ‘Association of chartered certified accountants ( ACCA)’,” katanya.

Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau berbesar hati menaja pendidikan Nurul Asma Alya yang berjumlah RM40,000 untuk tempoh pengajian dua tahun setengah termasuk penginapan.

Selain itu, beliau menghadiahkan komputer riba serta kelengkapan internet bagi memudahkan pembelajaran pelajar tersebut.

“Saya akan taja penuh RM40,000 lebih untuk dua tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah huhungi universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April.

“Kami hadiahkan juga ‘laptop’ dan ‘router’ serta wifi. Wifi oleh digi percuma setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini,” katanya.

Beliau turut mendoakan supaya Nurul Asma Alya menjadi seseorang yang berjaya dan dapat membahagiakan ibu bapa serta membantu orang yang memerlukan.

“Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang di luar sana ya,” katanya.

Selasa lalu, media melaporkan kesedihan pelajar cemerlang di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu di Tumpat kerana terpaksa melupakan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat ijazah perakaunan di luar negara kerana masalah kewangan.

Keluarga Nurul Asma Alya tidak mampu membiayainya belajar di luar negara selepas menamatkan pengajian diploma di KPM. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/08/ebit-lew-guna-sumbangan-tmj-beli-500-tab/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here