Ustaz Abu Syafiq hantar surat saman pada ‘Ibu Yati’

0
1

Nurul Huda Abhar

PENCERAMAH bebas, Ustaz Abu Syafiq telah mengemukakan tuntutan saman kepada ‘Ibu Yati’ berhubung kenyataan fitnah ke atas dirinya baru-baru ini.

Surat yang tertera nama penerima Wan Noor Hayati Wan Alias itu mengandungi perkara berhubung notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah.

“Kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili Encik Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq (selepas ini dirujuk sebagai ‘Anakguam kami’,” tulis surat itu.

Surat berkenaan dikongsi di laman Instagram Abu Syafiq namun beliau tidak memaparkan keseluruhan kandungan surat itu.

“Ustaz Abu Syafiq Hantar Notis Saman ‘Ibu Yati’. Terbaru dari ladang,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Malaysiapost pada 4 Febuari lalu melaporkan Abu Syafiq akan mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan bahawa seorang bekas wartawan yang didakwa memfitnahnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Abu Syafiq memberitahu akan menghantar satu notis tuntutan ke atas wanita yang digelar ‘Ibu Yati’.

“Insya-Allah minggu depan melalui peguam saya akan hantar satu saman/notis tuntutan ke atas seorang wanita bergelar Ibu Yati bekas wartawan kerana memfitnah saya,” tulisnya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lanjut kenyataan fitnah yang dibuat wanita tersebut kepada dirinya.

Wanita yang digelar Ibu Yati menggemparkan negara apabila dikatakan menyebarkan fahaman ajaran Islam Melayu.

https://www.instagram.com/p/CLJMa2jDihN/?igshid=insepa97uekw

Ibu Yati atau nama sebenar Wan Noor Hayati Wan Alias didakwa membawa ajaran ‘agama Melayu’ dengan lafaz syahadah yang pelik di samping amalan ritual yang melanggar syariat Islam. – Malaysiapost


Artikel berkaitan :


https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/ibu-yati-bakal-berdepan-tindakan-saman/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here