Doktor bidas Menteri Kesihatan

0
2

SEORANG doktor menyarankan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba supaya membuat keputusan berdasarkan fakta sains dan elak menimbulkan persepsi ‘dua darjat’.

Pakar Perunding dan Pakar Nefrologi di Hospital Putrajaya, Rafidah Abdullah menerusi laman Twitter miliknya berkata, menteri berkenaan tidak sepatutnya menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Ia berikutan arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Adham sebelum ini, didakwa bersifat selektif dan tidak mengikut Prosedur Operasi Standard yang sedia ada.

“Nak kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Buat sahajalah untuk semua. Letak SOP, jalan terus.

“Tidak perlulah kita gunakan kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri; gunalah ianya untuk memanfaatkan agama, bangsa dan negara,” luahnya.

Justeru, beliau mencadangkan kepada Dr Adham supaya tidak menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat yang sedia ada.

“Cuma sedikit cadangan kepada Datuk Seri, daripada menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat sedia ada, apa kata Datuk Seri mengurangkan jurang “darjat” antara pegawai-pegawai KKM.

“Datuk Seri tahu kan, siapa yang menjaga wad-wad SARI dan Covid-19?

“Ramai mereka adalah pegawai-pegawai kontrak; semua lapisan: terutamanya pegawai-pegawai perubatan muda.

“Kami tidak praktis darjat-darjat sebegini. Kami hanya pegawai profesional. Semua dilayan sama rata,” katanya.

Beliau turut meminta Menteri Kesihatan itu menggunakan kuasanya sebaik mungkin dalam membantu petugas barisan hadapan untuk mendapatkan penempatan dan jawatan tetap.

“Boleh ke agaknya kuasa yang sama Datuk Seri boleh gunakan untuk mendapatkan mereka-mereka ini penempatan tetap?

” Merekalah wira yang tidak didendang. Dan saya tidak nampak jalan keluar daripada pandemik ini. Kalau beginilah bercelarunya keadaan negara ini.

“Tidak perlulah kita gunakan kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri; gunalah ianya untuk memanfaatkan agama, bangsa dan negara.

“Saya berharapan besar kesemua pegawai-pegawai yang bekerja keras ini diberikan lantikan tetap secepat mungkin.Hanya sekadar luahan pegawai bawahan,” tulisnya

Dr Adham Baba telah mengeluarkan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” terbit pada Warta Persekutuan dan berkuatkuasa pada 9 Februari lalu.

Perintah itu melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin Menteri kabinet dari 10 ke tiga hari. -Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here