PELAKON Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir dibenarkan pulang daripada hospital, semalam setelah menjalani rawatan akibat Covid-19.
Berita gembira itu dikongsi oleh anak saudaranya yang juga merupakan pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Makcik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia.
“Doktor beritahu Mak Uda saya bebas Covid-19. She is negative now.
“Terima kasih di atas doa kalian peminat Makcik Petir kesayangan ramai.
“Semoga Allah berikan kesembuhan pada pesakit-pesakit Covid-19 lain dengan segera. InsyaAllah,” kongsinya.
Pada 2 Febuari lepas, Makcik Petir disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. -Malaysiapost
Artikel berkaitan

