SESI perjumpaan antara keluarga dengan banduan secara fizikal di seluruh institusi penjara sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, sesi itu digantikan dengan menggunakan perkhidmatan telefon pra bayar bagi membolehkan penghuni penjara berhubung dengan ahli keluarga mereka.
Uni Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu susulan penularan wabak Covid-19.
“Sesi perjumpaan ini digantikan dengan perkhidmatan telefon pra bayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.
“Pertimbangan ini dibuat sebagai salah satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19,” menurut kenyataan itu.
Jabatan Penjara Malaysia seterusnya memohon maaf berhubung sebarang kesulitan membabitkan perkara itu dan meminta semua pihak memberi kerjasama serta menghubungi penjara berkaitan jika mempunyai sebarang pertanyaan. – Malaysiapost

