KKM mahu larangan rentas negeri kekal dilaksana

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan memohon supaya larangan rentas negeri dikekalkan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan selepas 18 Februari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia penting melandaikan keluk, terutama selepas pelaksanaan larangan itu terbukti berkesan dalam mengelak kewujudan kluster baharu Covid-19.

“Kita mohon rentas negeri dikekalkan. Sehingga sekarang keupayaan untuk melandaikan lekuk sangat penting.

“Kita telah nampak kes-kes telah menurun dan nilai kebolehjangkitan telah berada di bawah paras 1.0,” katanya di Putrajaya hari ini, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Dr Adham berkata tiada kluster rentas negeri baharu dikesan sejak 1 Februari hingga semalam.

Beliau memaklumkan, ia hasil pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula sejak 13 Januari lalu.

Beliau berkata, sejak 7 Disember lalu, KKM mengesan 31 kluster rentas negeri.

“Negara mencatatkan 4,376 kes jangkitan rentas negeri yang berlaku di Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

“Jangkitan itu berlaku dari enam negeri asal iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here