Setahun pemergian Abam, Hidayah sedekah mi kari, bihun sup

0
1

GENAP setahun pemergian Abam Bocey, balu Allahyarham, Nor Hidayah Mohd Ali memberi sedekah mi kari dan bihun sup kepada semua pelanggan yang datang ke kedainya, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memaklumkan dia tidak dapat membuat majlis tahlil kepada suamimya kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Genap hari ini 10.02.2021 1 tahun Allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar. Saya tak buat majlis tahlil memandangkan pandemik Covid-19 dan masih PKP, jadinya saya ada tempah mi kari dan bihun sup dari adik saya dan adik ipar saya untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya hari ini.

“Saya niatkan untuk Allahyarham suami saya, Syed Umar Mokhtar dan Allahyarham abang-abang saya Rosli, Azmi, dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Hidayah memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, selepas lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan.

Dia memulakan perniagaan cempedak goreng sejak April tahun lalu di sebuah gerai tepi jalan secara kecil-kecilan.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari tahun lalu selepas dua hari mengalami demam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here