Chong Wei taja 20 laptop pula

0
2

LEGENDA badminton, Datuk Lee Chong Wei bersetuju untuk menaja laptop bagi program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang dianjurkan Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Sim berkata, jaguh badminton kelahiran Pulau Pinang itu telah menghubunginya bagi menyatakan hasrat tersebut.

“Beliau menyatakan hasrat untuk taja 20 laptop lagi untuk program ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah!’.

“Chong Wei, jasamu kepada anak-anak kita terlalu besar. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan saya doakan Tuhan merahmati Chong Wei sebagaimana Chong Wei telah bermurah hati dengan anak-anak kita.

“Saya berjanji, semua peranti ini akan diedar kepada keluarga yang layak secepat mungkin sebaik sahaja bekalan sampai pada kami,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Chong Wei telah menempah 50 tablet untuk disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan yang dijangka diedarkan selepas Tahun Baharu Cina.

Tablet itu akan dihantar kepada Sim untuk diedarkan dan sumbangan itu melibatkan kos tidak lebih RM30,000.

Menurut Chong Wei, Bukit Mertajam dekat di hatinya kerana ia kampung halamannya, dan beliau memang selalu berhubung dengan Sim mengenai bantuan yang diperlukan. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/chong-wei-taja-50-tablet-untuk-pdpr/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here