Mengapa Jawatankuasa Bebas belum dibentuk? – Kit Siang

0
3

PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa kerajaan mengambil masa bagi membentuk Jawatankuasa Bebas, setelah hampir sebulan proklamasi darurat telah dilaksanakan.

Menurut Kit Siang, perkara berkenaan sepatutnya menjadi fokus utama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding isu lain.

“Sehingga kini, jawatankuasa bebas untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat yang diumumkan perdana menteri pada 12 Januari belum dibentuk, walaupun PH memberi respon positif dengan menamakan calon untuk menganggotai jawatan kuasa.

“Penangguhan hampir empat minggu ini perlu menjadi perhatian utama Perdana Menteri, bukannya Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara Malaysia dan Indonesia yang akan bergantung keada kemampuan kedua-dua negara mengawal wabak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang berkata, pentadbiran Muhyiddin mempunyai keutamaan yang salah, sewaktu situasi Covid-19 semakin buruk, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat.

Sementara itu, beliau juga mempersoalkan keutamaan perbincangan RGL Malaysia dan Indonesia di saat kedua-dua negara masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, kerajaan sepatutnya membuat pembaharuan penuh strategi negara dalam menghadapi pandemik itu.

“Masih belum terlambat untuk melancarkan strategi ‘keseluruhan kerajaan; dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam perang menentang Covid-19,” katanya lagi.

Muhyidddin dalam perutusan pada 12 Januari lalu mengumumkan Jawatankuasa Bebas itu akan terdiri daripada pakar serta Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menurutnya, jawatankuasa itu berperanan menentukan sama ada keadaan Covid-19 telah terkawal dan pilihan raya selamat untuk dilaksanakan.

Pada 21 Januari lalu, Pakatan Harapan (PH) menghantar nama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Anthony Loke dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menyertai jawatankuasa itu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here