Pekerja J&T campak barang tampil mohon maaf

0
1

TUJUH pekerja syarikat kurier J&T Express Perak membuat permohonan maaf berhubung satu rakaman video yang tular menunjukkan mereka mencampak barangan pelanggan di sebuah gudang simpanan syarikat itu, semalam.

Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di laman Facebook (FB) J&T Express Malaysia – Perak, hari ini.

Menurut salah seorang daripada mereka, tiada sebarang isu dalaman antara mereka dengan pihak J&T Express atau masalah pemotongan gaji.

“Kebelakangan ini tular satu video di media sosial tentang pekerja tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan mencampak barang pelanggan.

“Kami ingin memohon maaf dan menjelaskan bahawa tiada isu dalaman atau potongan gaji antara syarikat dan pekerja J&T Express Perak,” katanya dalam video tersebut, hari ini.

Selain itu, mereka menafikan kenyataan melakukan tindakan mogok seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana menjejaskan nama pihak syarikat dan menjejaskan barang-barang rakyat Malaysia.

“Kami sedaya-upaya akan hantar barangan pelanggan secepat mungkin,” katanya lagi.

Sementara itu, J&T Express Malaysia Perak dalam kenyataan memohon maaf atas tindakan pekerja mereka semasa mengagihkan bungkusan dengan ganas dan tidak menyenangkan.

“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Disamping itu, pihak J&T Express juga ingin menjelaskan tiada pekerja yang mogok mengenai komisen. Segala yang berlaku adalah salah faham semata-mata,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Pekerja mogok, baling barang pelanggan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here