MKN tambah baik SOP sambutan Tahun Baru Cina

0
1

MASYARAKAT Tionghua yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada Jumaat dan Sabtu ini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga seperti kebiasaannya.

Ini berikutan Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju meluluskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan itu.

Bagaimanapun, Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan petang ini, berkata mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menetapkan tradisi makan besar keluarga pada 11 Februari itu hanya boleh dihadiri tidak lebih 15 ahli keluarga.

Katanya, hanya ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer (km) radius dibenarkan hadir tanpa rentas daerah dan negeri.

Mesyuarat juga bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dibenarkan dan tertakluk kepada SOP ketat.

“Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, tempoh waktu sembahyang diperuntukkan selama 30 minit dan diselangi dengan kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.

Kenyataan itu juga memberitahu jadual waktu sembahyang bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.

“Bagi aktiviti sembahyang pada 19 Februari hanya dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baharu Cina bagi ‘Hokkien Clan’.

“Pegawai Perpaduan yang dilantik sebagai Pegawai Pemantau mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan pematuhan SOP ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here