SOP Tahun Baharu Cina dilonggarkan?

0
2

KERAJAAN dijangka akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terkini mengenai sambutan Tahun Baharu Cina.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata masyarakat perlu menunggu keputusan rasmi mengenai sambutan perayaan itu yang mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kerajaan mendengar keluhan dan kekecewaan masyarakat, khususnya kaum Cina susulan pengumuman Khamis lalu mengenai SOP yang dikatakan terlalu ketat.

“Perdana Menteri memberi perhatian mengenai kebimbangan mengenai SOP sambutan Tahun Baharu Cina. Kerajaan mendengar suara anda dan ia dapat diselesaikan dengan cara yang selamat dan mematuhi SOP,.

“Marilah kita bersabar dan tunggu pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi,” katanya dalam satu hantaran yang di kongsi di Instagram hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, SOP bagi sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini adalah SOP ketat sama seperti yang dilaksanakan pada perasaan lain.

Menurutnya, ia hasil perbincangan dan persetujuan bersama wakil setiap Pertubuhan agama dan persatuan kebudayaan kaum-kaum terbabit.

Difahamkan, SOP terkini mengenai sambutan Tahun Baharu Cina itu akan diumumkan esok. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/kenderaan-berat-dibenarkan-bergerak-ketika-tahun-baru-cina/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here