Abu Syafiq tak teruskan saman bekas Exco Pemuda PKR

0
1

Nurul Huda Abhar

PENCERAMAH bebas, Abu Syafiq mengesahkan tidak meneruskan saman ke atas Wan Ji Wan Hussin setelah bekas Ketua Exco Agama Pemuda PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka dan tertutup.

Menurut Abu Syafiq, permohanan maaf oleh Wan Ji dibuat di laman Facebook atas tuduhan fitnah kononnya beliau menghina kerja amal dan mengkafirkan pendakwah bebas Ebit Lew.

“Alhamdulillah setelah Ustaz Wan Ji Wan Hussin memohon maaf secara terbuka kepada saya dan memadam hantaran di Facebook beliau memfitnah kononnya saya menghina kerja amal dan mengkafirkan Ustaz Ebit Lew (UEL) maka saya tidak teruskan tindakan saman keatas Wan Ji. Kami selesai secara baik dengan mudah.

“Wan Ji merupakan bekas Ketua Exco Agama PKR dan bekas penasihat agama pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada saya Ustaz Abu Syafiq secara terbuka dan tertutup hanya di Facebook atas fitnah beliau terkhilaf berkaitan saya,” katanya dalam hantaran hari ini.

Beliau berkata, isu berkaitan fitnah tersebut selesai dengan mudah apabila Wan Ji memohon maaf dengan rela hati dan secara terbuka tanpa perlu kes diheret ke mahkamah.

Selain itu, Abu Syafiq menegaskan semua pihak tidak perlu membuat kenyataan fitnah biarpun terdapat perbezaan dalam faktor-faktor lain.

“Saya juga tidak pernah menghina atau mengkafirkan UEL. Tidak pernah. Sekarang team saya akan jejak semua pihak yang memfitnah saya dan akan saman terus tanpa peringatan awal diberi lagi.

“Makanya diingatkan kepada semua jangan memfitnah saya atau anda bakal disaman kelak menyusahkan diri anda sendiri,” katanya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, beliau turut memaparkan tangkap layar tulisan akaun Herjunot yang dipercayai milik Wan Ji yang membuat permohonan maaf atas tulisannya, dan akan memadam status tersebut. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :


https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/ibu-yati-bakal-berdepan-tindakan-saman/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here