Wanita Umno desak tarik balik buku tulisan Tommy Thomas

0
1

Nurul Huda Abhar

WANITA Umno membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana dilihat cuba merosakkan keharmonian negara.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata pihaknya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut.

“Selain itu, Wanita Umno mendesak pihak berkaitan dapat merampas buku penulisan Tommy yang bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ kerana sekiranya buku ini tersebar, pasti ia boleh menimbulkan permusuhan antara masyarakat berbilang kaum.

“Wanita Umno sendiri telah meneliti kandungan buku tersebut dan ternyata ia mengandungi petikan-petikan yang berbaur hasutan dan boleh membawa kepada suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noraini berkata, tindakan Tommy menerbitkan buku itu sekali gus memalukan dan menghina sistem perundangan negara.

Katanya, sebagai pengamal undang-undang yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara, seharusnya Tommy sedar akan akta kerahsiaan dan sumpah janji yang telah dibuat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/tommy-menghasut-dan-membangkitkan-kebencian-antara-kaum-puteri-umno/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here