Saifuddin tanya apa khabar RUU 355?

0
1

SETAHUN selepas PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan Persekutuan, sehingga kini tiada perkembangan mengenai pelaksanaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah atau RUU 355 yang diperjuangkan parti itu.

Persoalan itu dibangkitkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mendakwa setakat ini ia tidak dibentangkan oleh Kabinet.

Menurutnya, sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang di atas prinsip memperjuangkan hukum Islam, membentangkannya sebagai rang undang-undang bagi Kelantan dan Terengganu.

“DUN Kelantan luluskan 1993, DUN Terengganu luluskan 2000. Kenapa tak boleh laksanakan? Sebab tiada kuasa politik pada peringkat kerajaan pusat.

“Di atas prinsip memperjuangkan hukum Islam maka Marang (Abdul Hadi) bentangkan sebagai rang undang-undang persendirian. Bukti kesungguhan. Kemudian… mati di situ.

“Setahun sudah jadi kerajaan. Tiada kertas Kabinet untuk laksanakan RUU 355 dibentangkan oleh menteri agama atau menteri undang-undang. Tiada dibentang dalam Kabinet bermaksud tiada juga dibentang dalam Parlimen,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, walaupun ketika ini menteri agama adalah bekas mufti dan menteri undang-undang pula dari PAS, selain majoriti ahli Kabinet juga adalah Islam, tetapi RUU 335 masih tiada perkembangan.

“Peguam negara bukan lagi Tommy Thomas tetapi Idrus Harun. Kuasa politik di tangan kerajaan Melayu Islam.

“Tiada desakan sekelumit pun di Parlimen oleh 18 Ahli-ahli Parlimen parti Islam termasuk Marang,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/apa-jadi-dengan-pkp-saifuddin-nasution/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here