Kelantan rancang guna air sungai salur kepada rakyat

0
2

KELANTAN dalam perancangan untuk menggunakan sumber air dari sungai yang akan disalurkan ke loji untuk kegunaan rakyat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, buat permulaan, dua loji akan dibina untuk program itu susulan sebelum ini bekalan air banyak diambil daripada sumber bawah tanah menyebabkan paras air laut meningkat.

“Saya rasa, langkah ini perlu dibuat untuk loji baharu dan loji yang sedia ada kita kekalkan dengan sumber yang ada, yang ke depan akan dapatkan (bekalan air) daripada sungai.

“Dalam perancangan kita sebenarnya sudah ada dua (loji) yang akan dibangunkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata, kementeriannya akan meneliti permohonan kerajaan negeri untuk meluluskan peruntukan RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di negeri itu.

Selain itu katanya, terdapat tiga isu utama yang dialami Kelantan pada masa kini iaitu pengurangan air tidak berhasil (NRW) agak tinggi, sumber air dan perlu diperbanyakkan loji baharu dan ketiga-tiga isu itu sedang diatasi.

“Untuk jangka masa pendek, kerja menukar paip sedang berjalan dan ada juga isu baru-baru ini yang mana ada satu paip utama pecah, namun secara keseluruhannya, Kelantan mampu atasi.

“Kerajaan pusat akan teliti permohonan itu dan bukan sahaja Kelantan, negeri lain juga membuat permohonan dan kita akan tengok semua sekali,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here