Rumah teres di Jalan Telawi hampir musnah terbakar

0
2

SEBUAH rumah di Jalan Telawi, Bangsar di ibu negara, hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus kediaman teres dua tingkat itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Komander Operasi Kanan Bomba, Japari Tajuddin berkata enam jentera melibatkan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta BBP Seputeh dan BBP Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.50 malam dan kebakaran turut menjejaskan rumah bersebelahan, mengakibatkan kerosakan pada bahagian dinding dan bumbung.

“Kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 10.20 malam, tiada mangsa yang terlibat, dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Sementara itu Bernama melaporkan satu kebakaran melibatkan longgokan barangan lama berlaku di depoh pelupusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Sungai Besi di Kuala Lumpur pada jam 7.30 malam tadi.

Komander Operasi Kanan Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata lapan jentera dengan 45 anggota dari BBP Bandar Tun Razak, Pudu, Jalan Hang Tuah, Sentul, Wangsa Maju dan dibantu petugas DBKL bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

“Api dapat dikawal pada jam 10.50 malam dan padam sepenuhnya pada 11.09 malam, tiada mangsa yang terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here