Menang EPL dapat diamkan ‘haters’

0
3
MANCHESTER, ENGLAND - SEPTEMBER 19: Harry Maguire of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Crystal Palace at Old Trafford on September 19, 2020 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Matthew Ashton - AMA/Getty Images)

KAPTEN Manchester United, Harry Maguire menegaskan hanya kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk pasukan itu akan mendiamkan mereka yang membenci kelab berkenaan.

Red Devils yang menduduki tangga kedua liga, kini sedang memburu kejuaraan liga buat kali pertama sejak kali terakhir memenanginya pada 2013 yang juga kejuaraan kali ke-20.

Agensi melaporkan Maguire sedar United sering diminati dan tidak kurang juga dibenci susulan era gemilang kelab itu di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Justeru, katanya menjulang trofi liga selaku kapten pastinya akan menjadi detik manis untuknya.

Ketika ditanya oleh bekas pertahanan United, David May adakah dia gembira meskipun ramai yang membenci kelab itu, Maguire berkata: “Saya menyukainya. Saya langsung tak kisah.

“Apabila saya menjulang trofi pertama untuk kelab ini, ia akan dapat mengukir senyuman lebar kerana menyedari ramai yang tidak mahu kami memenangi trofi.

“Kami adalah kelab yang paling menjadi tumpuan di dunia. Banyak pihak tidak mahu kami meraih keputusan yang baik.

“Ramai yang mahu kami gagal dan inilah yang perlu kami terima. Saya sudah biasa dengan dengannya.” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here