PKP: Boleh memancing bagi tujuan sara hidup, hobi tidak dibenarkan

0
3

AKTIVITI memancing ikan bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan termasuk individu bukan kerja sebagai nelayan.

Menerusi hantaran di Facebook, Jabatan Perikanan mengesahkan peraturan baharu tersebut turut diperakui oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

“Ini berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun aktiviti memancing yang bertujuan hobi masih lagi tidak dibenarkan.

“Kebenaran kegiatan berkenaan meliputi sungai, tebing, lombong, tasik dan pesisir pantai dengan pemancing perlu mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

“Namun perlu diingatkan harus mengikut pelbagai garis panduan perundangan dan segala peraturan lain berkaitan di bawah Akta Perikanan 1985. Untuk pengusaha bot dan kolam memancing ikan secara rekreasi, pihak Jabatan Perikanan sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada MKN,” katanya.

Agensi itu pada bulan lalu dilaporkan telah berusaha untuk membolehkan aktiviti memancing dibenarkan semula dengan SOP tertentu dan menghargai kerjasama pemancing selama ini.

Malah, mereka diiktiraf kerana banyak menyumbang maklumat kepada jabatan itu mengenai status sumber perikanan negara di samping menyokong pelbagai program dilaksanakan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here