Covid-19: Menteri Kesihatan tinjau penutupan kilang di Senawang

0
2

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini turun padang untuk meninjau penutupan sebuah kilang di Senawang, Negeri Sembilan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan penguatkuasaan terhadap kilang itu dibuat susulan kes jangkitan Covid-19.

“Di mana pekerja mereka telah dijangkiti Covid-19.

“Langkah diambil untuk penutupan operasi kilang bagi proses dekontaminasi dan diinfeksi dengan pengawasan oleh Pusat Kesihatan Daerah, Seremban,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir dalam operasi tinjauan kilang tersebut adalah Datuk Dr Norhayati Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan dan pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan Daerah, Seremban.

Semalam, Malaysia merekodkan kes baharu sebanyak 4,571.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes diikuti oleh Johor sebanyak 664 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 481 kes.

Manakala Negeri Sembilan antara negeri yang mencecah tiga angka kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 100 kes. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here