Intan, Harris selamat diijabkabulkan

0
2

PELAKON Intan Ladyana, 38, dan penyanyi Harris Alif, 22, selamat diijabkabulkan kira-kira jam 10 pagi tadi di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz pasangan yang dinikahkan oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum, sah bergelar suami isteri.

Harris menerusi satu sesi sedang media secara maya selepas majlis berlangsung, berkata, dia bersyukur majlis pernikahannya berjalan lancar walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada perancangan mereka.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Harris menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu. Mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Ditebak mengenai bulan madu, bagaimanapun kedua mempelai itu pasrah dan akur dengan situasi kini.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu ini. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here