Reman ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak mangsa dera dilanjutkan

0
1

REMAN terhadap ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki tujuh tahun, yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka minggu lalu dilanjutkan seminggu lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Asisten Komsioner Mohd Sukri Kaman berkata, tempoh reman pasangan itu yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 12 Februari depan, bagi melengkapkan siasatan polis.

“Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang 29 Januari lalu, seorang anak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun, di Taman Krubong Jaya.

Kanak-kanak terbabit sebelum tu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here