SYARIKAT insurans kenderaan disaran memberi diskaun sehingga 50 peratus ketika krisis Covid-19 melanda negara.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini kerana setakat ini tiada sumbangan yang diberikan syarikat berkenaan terhadap rakyat.
“Bukan semua kereta ‘accident’… takkan tiga juta ambil insurans, tiga juta ini akan ‘accident’.
“Syarikat insurans ini perlu buat kebajikan kepada rakyat dan negara. Buat potongan 50 peratus dalam tempoh setahun hingga dua tahun ini,” katanya kepada Malaysiapost.
Mengulas lanjut, Ridzuan berkata dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan semua kenderaan bergerak sebaliknya banyak yang tersadai.
“Jika bank boleh beri moratorium kenapa syarikat insurans tidak boleh beri rebat untuk membantu rakyat?
“Kita harap syarikat insurans dapat memberi sumbangan mereka dalam bentuk diskaun,” katanya. – Malaysiapost

