Puteri Umno cari rider Food Panda bonceng anak kecil

0
1

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan meminta orang ramai membantunya mencari penghantar makanan Food Panda yang tular di media sosial kerana memboncengkan anak kecil di atas motosikalnya.

Menerusi satu hantaran bergambar di Facebooknya, Zahida berkata hatinya tersentuh melihat gambar tersebut yang menggambarkan kesusahan rakyat ketika ini.

“Tersentuh hati bila lihat gambar ini. Begitulah realiti kesusahan rakyat hari ini, ada ibu ibu muda juga terpaksa keluar mencari rezeki sebagai penghantar makanan selepas tiada peluang pekerjaan lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ya, kita perlu bersyukur kerana masih mampu bekerja atau berniaga, tapi ini bukanlah petanda baik bagi jangka masa panjang.

“Semoga dimurahkan rezeki, dilindungi sentiasa dalam setiap perjalanan dan dipermudahkan urusan para rider di luar sana,” katanya.

Beliau seterusnya meminta kenalan Facebooknya untuk memberi maklumat berkenaan rider yang tular tersebut dengan menghantar mesej peribadi kepadanya melalui laman sosial itu. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/12/08/ebit-lew-baiki-kereta-auntie-food-panda/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here