SETELAH dua tahun bermasam muka, hubungan persahabatan antara pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie akhirnya kembali pulih.
Perkongsian hantaran di laman Instagram (IG) seorang juruhias rambut terkenal, Ridzokumura memuat naik satu video Fathia dan Anju sedang berbual mesra di salonnya.
“Alhamdulillah dan berbaik dah dua budak baik ni @anjoulielavocah1 @Fatiyalatiff,” katanya di kapsyen video tersebut.
Fathia dan Anju dalam video tersebut mengakui berselisihan faham selama dua tahun, tetapi kini hubungan mereka sudah pulih.
Malah, Ridzokumura memberitahu bahawa Fathia telah mengajak Anju untuk bersama-sama mengikuti kelas agama.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, pengikut IG ternyata boleh menjangkakan hubungan dua sahabat karib itu akan pulih kerana sejak dari dahulu mereka sememangnya rapat.
Netizen juga berharap agar kedua-dua selebriti itu terus bersahabat dan ada juga yang menulis peribahasa ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.
Sebelum ini, persahabatan Fathia dan Anju terputus kerana timbul beberapa konflik antara mereka berdua.
Mereka berdua juga dikatakan saling berbalas kenyataan di media sosial, sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/27/6-bulan-berkahwin-zarina-anjoulie-umum-bercerai/

