Warganet tak puas hati anak selebriti buat majlis pertunangan ketika PKP

0
1

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan ramai pasangan kekasih yang ingin mengadakan majlis pertunangan mahu pun pernikahan terpaksa menangguhkan hasrat murni itu buat sementara waktu.

Umum mengetahui sejak PKP dilaksanakan pada 13 Januari lalu, dilarang segala majlis berbentuk keramaian diadakan.

Namun, ciapan seorang pelayar Twitter, Anis Ashaari telah mempersoalkan tindakan seorang anak selebriti mengadakan majlis pertunangan minggu lalu telah menarik perhatian warganet.

“Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke?

“Sorry sis bitter sebab berapa ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi,” ciap Anis.

Tanpa menyebut nama anak selebriti itu, difahamkan ciapan Anis itu ditujukan kepada majlis pertunangan anak lelaki pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy dengan pelakon Elisya Sandha minggu lalu.

Dalam nada menyindir, Anis meluahkan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKP ini mungkin ada ‘double standard’ terhadap rakyat biasa berbanding selebriti.

“Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau langgar kena saman. Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot,” ciapnya.

Anis turut memuat naik infografik Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menjelaskan perkara-perkara yang tidak dibenarkan semasa PKP berlangsung.

Menurut SOP untuk PKP kali ini, sebarang perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, kenduri, acara keagamaan, ulang tahun dan perjumpaan adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, beberapa negeri memberi kelonggaran terhadap majlis pernikahan seperti kebenaran bernikah di pejabat agama daerah sahaja atau secara ritual di talian maya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rara warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana ada yang terpaksa menunda hari bersejarah mereka gara gara PKP.

Malah ada warganet memberi komen mereka menjadi keliru dan kecewa dengan nasib rakyat marhain yang tidak sama dengan nasib golongan kenamaan.

“My classmates siap cancelled lagi nikah. sian dia, dri awal semester degree dia simpan duit kahwin last² burn mcm tu je masa PKP.

“Aku yg nak nikah tunda tunda ni, aku nk bitter ni.sbb ko kaya ke mcm mana.

” ITUlah sekarangkan pkp. “

“Kebal undang undang kot.”

@MKNJPM @IsmailSabri60 @PDRMsia

” majlis bertunang boleh ke? Ikut sop yang dihebahkan tak boleh. Dan jika boleh kami pun nak, jika tak boleh ..silala keluar Surat saman tanpa berbahasa basi..atau ” yaa kami akan siasat..”,”

“Depa lupa nak mention sis, SOP dibuat utk rakyat marhain sahaja,” ciap warganet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here