Ahmad Said, isteri pulih Covid-19

0
3

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya telah discaj dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas pulih daripada jangkitan Covid-19, hari ini.


Bekas Menteri Besar Terengganu itu dan isteri, Toh Puah Seri Norliza Mahmud dibenarkan pulang pada 6.30 petang tadi.


Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan isterinya dimasukkan ke HSNZ berikutan positif Covid-19 pada 19 Januari lalu.


“Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT dengan izinnya, saya dan isteri telah pulih daripada jangkitan virus Covid-19 dan telah dibenarkan pulang pada hari ini.


“Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan memberi sokongan kepada kami.


“Hari ini kami telah dibenarkan pulang untuk berehat dan dikuarantin selama 10 hari lagi di rumah,” katanya menerusi Facebooknya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga HSNZ yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka sepanjang menerima rawatan.


“Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita sekarang pulih daripada pendemik Covid 19 dengan kadar yang segera jua. InshaAllah


“Sama-sama kita jaga SOP yang telah ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here