11 warga asing ditahan tipu pelaburan saham

0
1

SERAMAI 11 individu warga asing ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan saham dalam talian di lima unit kondominium di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


Penahanan mereka itu membabitkan enam lelaki dan empat wanita warga China serta seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 23 hingga 47 tahun.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya merampas 26 telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit komputer riba, tiga unit modem, 10 keping kad bank dan wang tunai RM53,678 serta beberapa mata wang asing dalam serbuan kira-kira 4 petang itu.


“Siasatan mendapati semua suspek daripada dua sindiket berasingan itu aktif sejak dua tahun lalu dengan menyewa kondominium dengan sewa bulanan antara RM18,000 hingga RM30,000 seunit,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, sindiket itu mensasarkan mangsa dari China dengan menawarkan pelaburan saham dalam talian dan pelaburan tidak wujud.


“Semua suspek direman empat hari hingga 2 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here