PENDAKWAH Ebit Lew sekali lagi ke depan dalam membantu rakyat dan terbaharu memasang perkhidmatan internet di sebuah kampung di Sabah.
Menerusi hantaran di Facebook, Ebit melahirkan perasan gembira bercampur sebak apabila memasang perkhidmatan wifi di Kampung Bangingod di Lahad Datu untuk kegunaan penduduk.
Beliau turut menghadiahkan beberapa tab dan 10 basikal kepada pelajar terpilih yang datang daripada keluarga susah.
“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat, Lahad Datu, tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet perlu pergi ke pantai dan atas titi.
“Cikgu juga kata mereka siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar bagi memastikan mereka semua belajar,” katanya.

Katanya lagi, beliau mendapatkan perkhidmatan internet dengan memasangnya di sebuah kedai.
“Kami akan bayar bulan-bulan untuk kegunaan anak-anak di sini,” katanya yang berada di Sabah bagi menyampaikan bantuan kepada golongan susah. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

