Lingard teruja sertai West Ham

0
1

WEST Ham United mengesahkan menandatangani pemain Manchester United, Jesse Lingard secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer musim ini apabila hanya membuat tiga penampilan dalam semua pertandingan, tanpa sebarang aksi dalam Liga Perdana, lapor Daily Mail.

Beberapa kelab dari England dan luar dilaporkan telah menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain itu, tetapi kelab timur London tersebut yang telah berjaya mendapatkan Lingard.

“Saya teruja,” kata Lingard kepada West Ham TV menerusi laman web rasmi kelab.  Pemain itu menegaskan kehadirannya ke ke West Ham adalah bab baharu dalam hidupnya dan akan bekerja keras membantu pasukan.

“Saya hanya ingin menikmati bola sepak dan kembali bermain semula menjejakkan kaki ke padang.

“Bagi saya secara peribadi, saya merasakan ini langkah yang betul. Saya jelas pernah mempunyai hubungan sebelum ini dengan pengurus ketika dia berada di United dan saya pernah bermain di bawahnya sebelum ini, jadi dia tahu kualiti saya dan apa yang dapat saya bawa kepada pasukan.

“Saya juga mengenali beberapa pemain – saya tahu Declan [Rice] dari pasukan England – dan saya rasa saya dapat menyesuaikan diri di sini dengan cepat.”

West Ham kini dikendalikan David Moyes, bekas pengurus Manchester United yang menggantikan Sir Alex Ferguson selepas pengurus legenda itu bersara.

Lingard kemungkinan bakal tampil pertama kali bersama West Ham dalam aksi menentang Liverpool malam esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here