Vaksin Covid-19 mungkin perlu disuntik setiap tahun

0
2

VAKSIN Covid-19 dijangka hanya mampu bertahan dalam badan sehingga tiga tahun sahaja dan akan berkurangan mengikut kadar masa.

Pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata vaksin bagi Covid-19 adalah baru dalam dunia dengan penggunaan terawalnya pada Disember lalu.

Menurutnya, keberkesanan vaksin berkenaan secara tepat belum diketahui dan kajian masih dijalankan dari semasa ke semasa.

“Pun begitu saintis mengatakan jangkaan antibodi atau imuniti yang terbentuk daripada vaksin ini akan bertahan sehingga tiga tahun.

“Bagaimanapun ia akan menurun (imuniti) mengikut kadar masa, maksudnya kemungkinan setiap tahun ia akan menurun dan pemberian vaksin kemungkinan besar akan diberi setiap tahun,” katanya melalui video ringkas yang dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau menjawab persoalan mengenai berapa lama vaksin Covid-19 mampu bertahan dalam badan manusia selepas disuntik.

Malaysia dijangka akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 bermula fasa pertama pada akhir Februari ini membabitkan kira-kira sejuta rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini dilaporkan berkata, proses menyuntik vaksin bagi fasa pertama adalah untuk petugas barisan hadapan dan diikuti golongan berisiko serta pesakit kronik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here