Netizen persoal Annuar Musa ‘jalan-jalan’ tak pakai pelitup muka

0
2

TINDAKAN Menteri Wilayah Persekutuan ‘jalan-jalan’ pada waktu pagi bersama dua individu dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial, mendapat perhatian netizen.

Berdasarkan semakan di Twitter Tan Sri Annuar Musa, netizen mempersoalkan tindakan beliau yang disifatkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi hantaran bergambar itu, Ahli Parlimen Ketereh tersebut menulis: “Berjalan bersama saya… pagi ini.. bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Dr Nordin Razak dan Datuk Nik Aminaldin Nik Jaafar.

Berdasarkan foto tersebut, ketiga-ketiganya tidak memakai pelitup muka ketika melakukan kegiatan riadah itu.

Justeru, rata-rata netizen mengkritik dan mempersoalkan tindakan mereka.

Antaranya, @White Dwarf yang bertanya adakah mereka golongan VIP maka tiada tindakan diambil?

“@PDRMsia nak tanya. Kalau aktiviti jalan atau jogging, kena saman tak kalau tak pakai mask?

“Mohon bagi pencerahan disebabkan SOP VIP dengan marhaen berbeza,” katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter, @ricewine pula meminta penjelasan dari pihak berwajib bukankah hanya dua individu sahaja dibenarkan melakukan aktiviti riadah ketika PKP.

“Hari itu keluar circular SOP PKP kalau berjalan/berjogging hendaklah tak lebih dari dua orang,” katanya.

@Fahmi Hassan Al Abad berkata, perlukah sekiranya seseorang itu melanggar SOP menunjukkan gambar di media sosial?

“Kenapa ya suka menunjuk bila langgar SOP? Seronok ya dapat perhatian netizen?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here